PUASA SUNAT HARI 'ARAFAH

 Ramai yang dah tahu, tapi sekadar saling ingat-mengingati, kita manusia kadang-kadang terlupa, kadang-kadang alpa. Semoga kita sama-sama dapat melaksanakan amalan puasa hari 'Arafah (wukuf), kerana fadilatnya sangatlah besar...

Sabda Rasulullah S.A.W ;
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Dari  Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Semoga amalan-amalan sunat dapat menampung kekurangan dalam amalan-amalan wajib kita... insyAllah.

Read More......

RITA RUDAINI MAHU BUAT TUNTUTAN BALAS DI MAHKAMAH

Kemelut  lagi, jalan damai yang dicari nampaknya belum  lagi memberi impak yang positif terhadap rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zaquan. Terbaru Rita Rudaini sedang berbincang dengan peguamnya untuk membuat tuntutan balas terhadap suaminya setelah kecewa apabila membaca notis tuntutan Aidil di mahkamah iaitu tuntutan hadanah,  hak penjagaan anak kekal terhadap anak sulung mereka Airit Rayyan Rizqin dan satu lagi tuntutan adalah perintah isteri kembali taat.

Apa kata Rita :
" Sebagai isteri,saya juga ada hak untuk membuat tuntutan terhadap apa yang saya tak puas hati selama ini. Kalau dia memilih untuk menyelesaikan masalah di mahkamah, saya juga tidak teragak-agak untuk mengikut apa yang dia lakukan terhadap saya dan menuntut apa juga hak yang selayaknya sebagai seorang isteri daripada suami."

Petikan dari: Mingguan Malaysia.

Ummiross : Doakan penyelesaian yang terbaik untuk semua orang, hanya Allah yang
maha mengetahui hikmah di sebalik ujian dan dugaan...


 

Read More......

Alkohol Lebih Bahaya Dari Dadah?



'Alcohol is more harmful than illegal drugs like heroin and crack cocaine.'
a new study by British researchers said.


'Heroin, crack cocaine and methamphetamine -- or crystal meth -- were found to be the most deadly. But when the wider social effects were factored in, alcohol was the most dangerous, followed by heroin and crack cocaine, said the study.
Petikan dari AFP - 1hb.Nov.2010

Inilah penemuan terbaru oleh penyelidik British yang telah diterbitkan dalam medical journal The Lancet baru-baru ini.  Meskipun didapati dadah-dadah yang disebut di atas amat  mengancam nyawa,namun bila kesan sosial yang lebih luas diambil kira, maka alkohol adalah paling bahaya berbanding dadah-dadah tadi.

Ummiross:  Akhirnya....suka atau tidak dunia terpaksa mengakui kesan buruk alkohol bukan sahaja terhadap individu tetapi masyarakat keseluruhannya. Betapa indahnya ajaran Islam, larangan terhadap alkohol telah lama termaktub dalam al-Quran, firman Allah dalam surah al-maidah :

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan bertenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya.
Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran arak dan judi itu, serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan  solat Oleh itu, berhentilah (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu)". (al-Maidah: 90-91)

Bagi kita yang beragama Islam, panduannya jelas, tinggalkan segala larangan, patuh segala suruhan...


Read More......

BUMI MEMUNTAHKAN ISINYA - ANTARA KEKUASAAN DAN KEMURKAAN ALLAH


                             Gambar : Mr.Google

Pada 79AD  Gunung Vesuvius,di Pompeii,Itali meletus tanpa sebarang amaran. Letusan debu panas dikatakan dengan suhu   dikatakan sebagai punca  kematian penduduk kota dalam keadaan azab yang amat sangat. Menurut kajian saintis, mereka mati akibat debu panas yang mencapai kepanasan sehingga 480-570 darjah Fahrenheit . Pompeii akhirnya tertimbus dalam bumi dan debu tebal sebelum ditemui semula 1700 tahun kemudian. Proses 'plastering' digunakan keatas ruang kosong yang terbentuk dalam debuan yang menyelaputi badan selepas badan mangsa mereput  dan hasilnya kedudukan mangsa-mangsa disaat kematian mereka dapat dilihat dengan jelas.Kehidupan di Pompeii ketika itu dikatakan jauh menyimpang dari suruhan agama dan norma susila.Petikan di bawah mungkin dapat menggambarkan gaya hidup mereka ketika itu. 

'Love was a common topic of conversation in Pompeii. Feelings, passions, poetic love, sex, homosexuality, prostitution and so forth were all part of daily life and not a source of prejudice. The concept of “obscenity” seems to have been unknown. Love and sex were considered earthly practices of a man’s life that were encouraged by the benevolence of Venus. The thousands of examples of graffiti found on the town’s walls are unequivocal proof of what the people of Pompeii thought about love and sex.'   Ini antara gambaran oleh satu travel agency tentang Pompeii satu ketika dulu- SINI

Gambar:Mr.Google

Kini kita dikejutkan pula dengan letusan Gunung Merapi yang baru mengeluarkan asap dan debu panas yang setakat ini meragut puluhan nyawa, juga akibat debu panas. Tidak banyak yang diketahui tentang penduduk sekitar Gunung Merapi ni, tapi petikan dari ' pos metro'   ini mungkin dapat memberi sedikit gambaran cara hidup mereka :

"Kalau ingin hidup tenang tenteram, pindahlah kemari. Eyang Merapi kan selalu melindungi kami," ujar Wardiyah, salah seorang warga yang mengaku penduduk asli desa Kinahrejo.
Ucapan Wardiyah tersebut memang ada benarnya. Penduduk desa Kinahrejo seolah telah mendapat garansi dari Eyang Merapi. Pendek kata, selagi mereka patuh terhadap segala peraturan yang ada misalnya selalu mempersembahkan bulu bekti berupa persembahan sesajian serta selalu melakukan ritual labuhan setiap tahunnya, mereka yakin dan optimis bahwa mereka akan senantiasa terhindar dari ancaman letusan Merapi.
Sumber : pos metro balikpapan

Gambar:Mr.Gooogle







Dipercayai Mbah Marijan, penjaga gunung Merapi

Ummiross : Siapalah kita untuk menilai, semoga roh orang-orang yang beriman dicucuri rahmat Allah tak kira bagaimana cara kematian mereka. Taati Allah dan Rasulnya, betulkan akidah insyaAllah kematian hanyalah permulaan untuk hidup yang lebih panjang dan nikmat disisi Allah Rabbul'alamin.


















































































































Read More......

PEMBUNUHAN KEJAM-MAYAT REMAJA PEREMPUAN BERLIPAT DALAM BEG



AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.


Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.


Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.


“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Petikan dari Metro

Ummiross : Pagi jumaat dengan berita yang mengejutkan, yang menganggu hati dan perasaaan. Pembunuhan kejam berulang lagi. Jangan alpa ye, perhatikan anak-anak kita, orang yang mencari mangsa ada di mana-mana...


Read More......

Kemelut Rumahtangga Rita Rudaini Dan Aidil Zaquan


Apa kata Aidil Zaquan :
 “Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas saya ada buat permohonan ini (sulh) kerana tiada jalan lain untuk saya mendapat nasihat tetapi sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik.
“Disebabkan itulah saya perlu membuat penangguhan tersebut melalui peguam saya agar tidak menyusahkan pihak mahkamah nanti,” katanya.

Apa kata Rita :
“Saya sayangkan Aidil sepenuh hati dan tiada sedikit pun perasaan benci terhadapnya. Jika tindakan Aidil itu baik, saya turutkan kehendak dia,” ujarnya.

Ini adalah antara komen Aidil Zaquan dan Rita Rudaini terhadap permohonan penangguhan Sulh oleh Aidil Zaquan Selasa lalu.

*Sulh adalah proses perbincangan di antara dua pihak yang ingin mencari perdamaian melalui proses mahkamah.

Petikan dari mStar Online

Ummiross : Semoga tiada 'masjid' yang runtuh lagi...
                  Semoga langkah yang diambil Aidil Zaquan membuatkan beliau lebih tenang untuk beraksi dalam     perlawanan menentang Kelantan nanti...



Read More......

Anak Tumbuk Ibu Sampai Koma

MasyaAllah apa nak jadi ni, anak tumbuk ibu sampai koma gara-gara berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya. Ummiross petik sedikit berita dari my Metro ni, belas sungguh mengenang nasib ibu malang ini, semoga beliau cepat sembuh,amin...

KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.

“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.
-------------------------------------------------------------------
Mari tengok video ni,dengar sampai habis ye,anda akan menitiskan airmata...moga-moga dapat membersihkan jiwa kita...

Read More......

Sarapan Atau Lunch ni?

Sarapan di mana? Haha ini bukan sarapan dah ni, kira lunch dah ni. Hari ni keluar rumah agak awal, tersangkut pulak kat kaunter air asia.Orang tak ramai mana, tapi urusannya mengambil masa jugak. Suami nak betulkan kesilapan booking waktu penerbangan, biasalah kena charge lain lah pulak, kena tambah RM180 untuk 2 orang. Dah tak murah dah....huhuhu!!!

Lepas tu apalagi, makan-makanlah pulak,perut dah berkeroncong, jom ke Secret Recipe...

 Macaroni cheese yang betul-betul cheesy,  favourite ummiross ni,sedapnya...


Spagetti sigit....! order suami ni...

Lunch For Two

Hehe balik boleh rehat dah, tak mau masak dah....






Read More......

Rezeki Iftar Hari Ni...Gulai Lemak Cili Padi Telur Itik

Taraa, ha ni lah juadah buka puasa kami hari ni, gulai lemak cili api telur itik, pekena pulak dengan timun dan belacan,hmmm terangkat jugak. Dah lapar, semuanya sedap kan...

Yang pinggan satu lagi tu ada kurma,kek lapis cheese dan cucur udang, Semuanya pakai campak2 je,tengok tu selongok dalam pinggan, mau tidak, waktu berbuka pukul 6.28, gulai telur itik tak masak-masak lagi...  

Air tu Mr hubby ling2(hehe panggilan bodek ni,ling2 lagi...) yang buat, choc ice blended, susu berperisa choklat diblend dengan aiskrim coklat dan ais, best...!


Simple je, juadah untuk berdua, alhamdulillah...

Nasib baik sempat masak, dah lah waktu berbuka awal, leka tengok Siti Kelembai pulak,episod akhir...

Ni lah air tangan Mr hubby ling2, cukup-cukup segelas sorang...



Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "
(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)

Read More......

Nostalgia Musim Haji

Musim haji tiba lagi, apa-apa saja berita tentang haji memang menggamit rindu.Dengar berita pasal haji kat tv-excited,dengar ceramah pasal haji-excited, menonton rancangan berkaitan haji-excited, dengar talbiah-excited dan dengar lagu-lagu berkait dengan Mekah dan Madinah pun excited. Begitulah penangan rindu-rinduan terhadap kota suci Mekah dan Madinah. Umpama orang rindukan kekasih, dapat tengok rumah pun jadilah walaupun tak dapat tengok buah hatinya...


Melihat tetamu -tetamu Allah menjalani aktiviti-aktiviti ibadah di tanah suci Mekah dan Madinah, seolah-olah membuka kembali lembaran kami sebagai tetamu Allah beberapa tahun lepas. Kadang-kadang perasaan bukan sekadar keterujaan, tapi lebih dari itu,  rasa rindu,  syahdu dan sayu yang sukar digambarkan. Ummiross percaya perasaan yang sama dikongsi oleh sesiapa saja yang pernah menjadi tetamu Allah, kami ingin kembali lagi ke sana...

Lagu ya Taiba (merujuk kepada Madinah) ni,dan satu lagi ya Mecca, memang menggamit nostalgia. Masa di Mekah Ummiross tinggal di hotel Qasr Suror, betul-betul depan Masjidil Haram,seberang jalan je. Berdekatan dengan hotel tu ada kedai jual cd dan kaset, lagu-lagu ni sentiasa berkumandang sepanjang masa, lembut mendayu, walaupun masa tu tak berapa nak faham maksudnya, tapi lagu ni tetap menambat hati....

Hari ni ummiross nak layan lagi lagu ni, nak ubatkan rindu dihati. Suami ummiross pun suka sangat lagu ni. Saja ummiross pilih in English Version, agar lebih faham dan lebih menghayati. Kami rindu Madinah, kami rindu Rasulullah SAW, salawat dan salam untuk baginda dan ahli keluarga serta para sahabat...



Dari Hati  : Tak pernah lupa jasa pembimbing-pembimbing haji kami dari Rayhar Travel terutama ustaz Dzulkarnain (Kalam Suci-Astro Oasis) dan ustaz Rosli (yg juga pernah menjadi tetamu jemputan Kalam Suci), hanya Allah yang mampu membalas kesungguhan dan kerja keras mereka.





Read More......

LAGU UNTUK PARA ISTERI

Fuhh,fuhh,fuhh.....dah berhabuk blog ni, tiup-tiup sikit buang habuk. Dah lama tak buat entri kat sini, musim raya dah berlalu,kek lapis pun dah suam2 kuku. Hari ni ummiross nak layan lagu arab ni, suka sangat lagu ni. Ummiross tujukan lagu zaujati ni  kepada semua isteri mithali....




PS : Untuk para suami, renung2kan pesanan Rasulullah SAW ni, hargailah isteri....


Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jangan lupa singgah SINI ,tengok batik Sarawak dan Vivian Silk yang sangat cantik....










Read More......

KEK LAPIS SARAWAK

Kek lapis yang dibuat oleh kawan ummiross di Kuching Sarawak ni adalah antara kek lapis Sarawak  yang terenak yang pernah  ummiross rasa. Tak kira dibuat menggunakan marjerin atau butter rasanya tetap sedap dan sangat lembut serta tak jemu dimakan.

Terbuka untuk diorder sekarang, penghantaran menggunakan pos laju, kos penghantaran ke Semenanjung RM10 sebiji .

Sesiapa yang berminat sila email atau sms sahaja ummiross,  nyatakan jenis kek lapis dan bilangan,sertakan nama dan alamat. Pembayaran penuh hendaklah dibuat selepas tempahan dibuat.

Hubungi ummiross@gmail.com atau sms ke 017 8503585

Berat : 400-500 gm (approximately)



                                           KOD: KL1-  KEK LAPIS PANDAN COKLAT
                                           Perisa pandan yang wangi dan lemak manis diselangi
                                           rasa choc chic yg enak.
                                           Harga : RM19  (Marjerin)
                                                       RM29  (Butter)



                                          KOD: KL2- KEK LAPIS COKLAT CHIP
                                           Kaya dengan rasa coklat dengan taburan choc chic yg
                                           mewah.
                                           Harga : RM19 (Marjerin)
                                                        RM29 (Butter)


                                          KOD: KL3 -  KEK LAPIS COKLAT CHEESE
                                          Bagi penggemar cheese n chocolate,ini memang lazat
                                          Harga : RM19 (Mentega)
                                                      RM29 (Butter)

                                           KOD:KL4 - KEK LAPIS PRUNE
                                           Tengok...,lumayannya prune, pasti sedap
                                           Harga : RM19 (Mentega)
                                                       RM29(Butter)

                                           KOD: KL5 - KEK LAPIS MASAM MANIS
                                           Ini memang pilihan tradisi, rasa masam manis dengan
                                           rasa kek yang lemak memang tak jemu dimakan
                                           Harga : RM17 (Mentega)
                                                       RM27 (Butter)


                                           KOD:KL6 - KEK LAPIS CADBURRY
                                           Dilapisi dengan coklat cadbury, sedap.
                                           Harga : RM19 (Marjerin)
                                                        RM29(Butter)


                                           KOD:KL7 - KEK LAPIS PANDAN
                                           Yang ni pun selalu jadi pilihan, wangi pandan dan lemak
                                            berkrim
                                           Harga : RM17 (Marjerin)
                                                       RM27 (Butter)


                                           KOD:KL8 - KEK LAPIS HORLICK
                                           Rasa horlick yang lemak manis, best
                                           Harga : RM17 (Marjerin)
                                                       RM27 (Butter)

                                           KOD:KL9 - KEK LAPIS STRAWBERRY
                                           Perisa strawberry yang enak
                                           Harga : RM17(Marjerin)
                                                       RM27(Butter)


                                           KOD:KL10 - KEK LAPIS TIGA RASA
                                           Tiga dalam satu,vanilla, pandan dan strawberry
                                           Harga : RM17 (Marjerin)
                                                       RM27 (Butter)
 

                                           KOD:KL11- KEK LAPIS SISIK IKAN
                                           Ini pun pilihan tradisi jugak, lebih banyak asam manis,
                                           lebih sedap, pilihan ramai.
                                           RM35 


                                          KOD: KL12 -  KEK HATI PARI
                                           Ini kategori kek mewah ni, ramuan utama kismis dikisar,
                                           masa memasak pun lama, ramai penggemar kek ni
                                           RM45

KEK-KEK DI BAWAH NI PULAK HARGA LEBIH MAHAL SEDIKIT, SUSAH NAK BUAT DESIGN2 TU,CEREWET SIKIT KERJANYA, TAPI CANTIK SANGAT BILA DIHIDANG.

                                                        Size   :  400-500gm (approximately)
                                                        Harga :  RM35

                                           KOD: KL13 - KEK LAPIS BERLIAN


                                           KOD:KL14- KEK LAPIS TIANG SERI
                                           

 
                                           KOD:KL15- KEK LAPIS PUA KUMBU









Read More......