RITA RUDAINI MAHU BUAT TUNTUTAN BALAS DI MAHKAMAH

Kemelut  lagi, jalan damai yang dicari nampaknya belum  lagi memberi impak yang positif terhadap rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zaquan. Terbaru Rita Rudaini sedang berbincang dengan peguamnya untuk membuat tuntutan balas terhadap suaminya setelah kecewa apabila membaca notis tuntutan Aidil di mahkamah iaitu tuntutan hadanah,  hak penjagaan anak kekal terhadap anak sulung mereka Airit Rayyan Rizqin dan satu lagi tuntutan adalah perintah isteri kembali taat.

Apa kata Rita :
" Sebagai isteri,saya juga ada hak untuk membuat tuntutan terhadap apa yang saya tak puas hati selama ini. Kalau dia memilih untuk menyelesaikan masalah di mahkamah, saya juga tidak teragak-agak untuk mengikut apa yang dia lakukan terhadap saya dan menuntut apa juga hak yang selayaknya sebagai seorang isteri daripada suami."

Petikan dari: Mingguan Malaysia.

Ummiross : Doakan penyelesaian yang terbaik untuk semua orang, hanya Allah yang
maha mengetahui hikmah di sebalik ujian dan dugaan...


 

0 comments:

Post a Comment