PEMBUNUHAN KEJAM-MAYAT REMAJA PEREMPUAN BERLIPAT DALAM BEG



AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.


Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.


Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.


“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Petikan dari Metro

Ummiross : Pagi jumaat dengan berita yang mengejutkan, yang menganggu hati dan perasaaan. Pembunuhan kejam berulang lagi. Jangan alpa ye, perhatikan anak-anak kita, orang yang mencari mangsa ada di mana-mana...


Read More......

Kemelut Rumahtangga Rita Rudaini Dan Aidil Zaquan


Apa kata Aidil Zaquan :
 “Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas saya ada buat permohonan ini (sulh) kerana tiada jalan lain untuk saya mendapat nasihat tetapi sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik.
“Disebabkan itulah saya perlu membuat penangguhan tersebut melalui peguam saya agar tidak menyusahkan pihak mahkamah nanti,” katanya.

Apa kata Rita :
“Saya sayangkan Aidil sepenuh hati dan tiada sedikit pun perasaan benci terhadapnya. Jika tindakan Aidil itu baik, saya turutkan kehendak dia,” ujarnya.

Ini adalah antara komen Aidil Zaquan dan Rita Rudaini terhadap permohonan penangguhan Sulh oleh Aidil Zaquan Selasa lalu.

*Sulh adalah proses perbincangan di antara dua pihak yang ingin mencari perdamaian melalui proses mahkamah.

Petikan dari mStar Online

Ummiross : Semoga tiada 'masjid' yang runtuh lagi...
                  Semoga langkah yang diambil Aidil Zaquan membuatkan beliau lebih tenang untuk beraksi dalam     perlawanan menentang Kelantan nanti...



Read More......

Anak Tumbuk Ibu Sampai Koma

MasyaAllah apa nak jadi ni, anak tumbuk ibu sampai koma gara-gara berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya. Ummiross petik sedikit berita dari my Metro ni, belas sungguh mengenang nasib ibu malang ini, semoga beliau cepat sembuh,amin...

KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.

“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.
-------------------------------------------------------------------
Mari tengok video ni,dengar sampai habis ye,anda akan menitiskan airmata...moga-moga dapat membersihkan jiwa kita...

Read More......

Sarapan Atau Lunch ni?

Sarapan di mana? Haha ini bukan sarapan dah ni, kira lunch dah ni. Hari ni keluar rumah agak awal, tersangkut pulak kat kaunter air asia.Orang tak ramai mana, tapi urusannya mengambil masa jugak. Suami nak betulkan kesilapan booking waktu penerbangan, biasalah kena charge lain lah pulak, kena tambah RM180 untuk 2 orang. Dah tak murah dah....huhuhu!!!

Lepas tu apalagi, makan-makanlah pulak,perut dah berkeroncong, jom ke Secret Recipe...

 Macaroni cheese yang betul-betul cheesy,  favourite ummiross ni,sedapnya...


Spagetti sigit....! order suami ni...

Lunch For Two

Hehe balik boleh rehat dah, tak mau masak dah....






Read More......

Rezeki Iftar Hari Ni...Gulai Lemak Cili Padi Telur Itik

Taraa, ha ni lah juadah buka puasa kami hari ni, gulai lemak cili api telur itik, pekena pulak dengan timun dan belacan,hmmm terangkat jugak. Dah lapar, semuanya sedap kan...

Yang pinggan satu lagi tu ada kurma,kek lapis cheese dan cucur udang, Semuanya pakai campak2 je,tengok tu selongok dalam pinggan, mau tidak, waktu berbuka pukul 6.28, gulai telur itik tak masak-masak lagi...  

Air tu Mr hubby ling2(hehe panggilan bodek ni,ling2 lagi...) yang buat, choc ice blended, susu berperisa choklat diblend dengan aiskrim coklat dan ais, best...!


Simple je, juadah untuk berdua, alhamdulillah...

Nasib baik sempat masak, dah lah waktu berbuka awal, leka tengok Siti Kelembai pulak,episod akhir...

Ni lah air tangan Mr hubby ling2, cukup-cukup segelas sorang...



Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "
(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)

Read More......

Nostalgia Musim Haji

Musim haji tiba lagi, apa-apa saja berita tentang haji memang menggamit rindu.Dengar berita pasal haji kat tv-excited,dengar ceramah pasal haji-excited, menonton rancangan berkaitan haji-excited, dengar talbiah-excited dan dengar lagu-lagu berkait dengan Mekah dan Madinah pun excited. Begitulah penangan rindu-rinduan terhadap kota suci Mekah dan Madinah. Umpama orang rindukan kekasih, dapat tengok rumah pun jadilah walaupun tak dapat tengok buah hatinya...


Melihat tetamu -tetamu Allah menjalani aktiviti-aktiviti ibadah di tanah suci Mekah dan Madinah, seolah-olah membuka kembali lembaran kami sebagai tetamu Allah beberapa tahun lepas. Kadang-kadang perasaan bukan sekadar keterujaan, tapi lebih dari itu,  rasa rindu,  syahdu dan sayu yang sukar digambarkan. Ummiross percaya perasaan yang sama dikongsi oleh sesiapa saja yang pernah menjadi tetamu Allah, kami ingin kembali lagi ke sana...

Lagu ya Taiba (merujuk kepada Madinah) ni,dan satu lagi ya Mecca, memang menggamit nostalgia. Masa di Mekah Ummiross tinggal di hotel Qasr Suror, betul-betul depan Masjidil Haram,seberang jalan je. Berdekatan dengan hotel tu ada kedai jual cd dan kaset, lagu-lagu ni sentiasa berkumandang sepanjang masa, lembut mendayu, walaupun masa tu tak berapa nak faham maksudnya, tapi lagu ni tetap menambat hati....

Hari ni ummiross nak layan lagi lagu ni, nak ubatkan rindu dihati. Suami ummiross pun suka sangat lagu ni. Saja ummiross pilih in English Version, agar lebih faham dan lebih menghayati. Kami rindu Madinah, kami rindu Rasulullah SAW, salawat dan salam untuk baginda dan ahli keluarga serta para sahabat...



Dari Hati  : Tak pernah lupa jasa pembimbing-pembimbing haji kami dari Rayhar Travel terutama ustaz Dzulkarnain (Kalam Suci-Astro Oasis) dan ustaz Rosli (yg juga pernah menjadi tetamu jemputan Kalam Suci), hanya Allah yang mampu membalas kesungguhan dan kerja keras mereka.





Read More......

LAGU UNTUK PARA ISTERI

Fuhh,fuhh,fuhh.....dah berhabuk blog ni, tiup-tiup sikit buang habuk. Dah lama tak buat entri kat sini, musim raya dah berlalu,kek lapis pun dah suam2 kuku. Hari ni ummiross nak layan lagu arab ni, suka sangat lagu ni. Ummiross tujukan lagu zaujati ni  kepada semua isteri mithali....




PS : Untuk para suami, renung2kan pesanan Rasulullah SAW ni, hargailah isteri....


Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jangan lupa singgah SINI ,tengok batik Sarawak dan Vivian Silk yang sangat cantik....










Read More......