PEMBUNUHAN KEJAM-MAYAT REMAJA PEREMPUAN BERLIPAT DALAM BEG



AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.


Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.


Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.


“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Petikan dari Metro

Ummiross : Pagi jumaat dengan berita yang mengejutkan, yang menganggu hati dan perasaaan. Pembunuhan kejam berulang lagi. Jangan alpa ye, perhatikan anak-anak kita, orang yang mencari mangsa ada di mana-mana...


3 comments:

betul tak kak...tak bleh alpa. sebelum terjadi biarler kita berwaspada.Semoga Allah melindungi keluarga kita dah umat islam lain dari ditimpa musibah yg macamni

@Mother of two;
Betul tu, memang kena berhati-hati kan,dan selalu berdoa yang terbaik untuk semua...

Takutnya..zaman skang ni ramai yg kejam..huhu.nyawa tak bernilai jadinya..sedih tul..:(

Post a Comment