Rezeki Iftar Hari Ni...Gulai Lemak Cili Padi Telur Itik

Taraa, ha ni lah juadah buka puasa kami hari ni, gulai lemak cili api telur itik, pekena pulak dengan timun dan belacan,hmmm terangkat jugak. Dah lapar, semuanya sedap kan...

Yang pinggan satu lagi tu ada kurma,kek lapis cheese dan cucur udang, Semuanya pakai campak2 je,tengok tu selongok dalam pinggan, mau tidak, waktu berbuka pukul 6.28, gulai telur itik tak masak-masak lagi...  

Air tu Mr hubby ling2(hehe panggilan bodek ni,ling2 lagi...) yang buat, choc ice blended, susu berperisa choklat diblend dengan aiskrim coklat dan ais, best...!


Simple je, juadah untuk berdua, alhamdulillah...

Nasib baik sempat masak, dah lah waktu berbuka awal, leka tengok Siti Kelembai pulak,episod akhir...

Ni lah air tangan Mr hubby ling2, cukup-cukup segelas sorang...



Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "
(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)

4 comments:

sedapnyer gulai lemak cili padi telur itik...

@MumMe:
Terima kasih MumMe
Tu lah dah lama tak makan masakan ni, sedap pulak rasanya,lagipun susah betul nak dapatkan telur itik fresh sekarang,so sekali dapat kita pekena betul-betul lah kan hehe..

amboi..bestnya. bertuah anak2 ummi. :D

@zuanjoe;
Anak2 sik dapat rasa, sidaknya di Semenanjung, ummi makan berdua je laa...hehe

Post a Comment