a new study by British researchers said.
'Heroin, crack cocaine and methamphetamine -- or crystal meth -- were found to be the most deadly. But when the wider social effects were factored in, alcohol was the most dangerous, followed by heroin and crack cocaine, said the study.
Petikan dari AFP - 1hb.Nov.2010
Inilah penemuan terbaru oleh penyelidik British yang telah diterbitkan dalam medical journal The Lancet baru-baru ini. Meskipun didapati dadah-dadah yang disebut di atas amat mengancam nyawa,namun bila kesan sosial yang lebih luas diambil kira, maka alkohol adalah paling bahaya berbanding dadah-dadah tadi.
Ummiross: Akhirnya....suka atau tidak dunia terpaksa mengakui kesan buruk alkohol bukan sahaja terhadap individu tetapi masyarakat keseluruhannya. Betapa indahnya ajaran Islam, larangan terhadap alkohol telah lama termaktub dalam al-Quran, firman Allah dalam surah al-maidah :
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan bertenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya.
Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran arak dan judi itu, serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat Oleh itu, berhentilah (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu)". (al-Maidah: 90-91)
Bagi kita yang beragama Islam, panduannya jelas, tinggalkan segala larangan, patuh segala suruhan...
Read More......