Nostalgia Musim Haji

Musim haji tiba lagi, apa-apa saja berita tentang haji memang menggamit rindu.Dengar berita pasal haji kat tv-excited,dengar ceramah pasal haji-excited, menonton rancangan berkaitan haji-excited, dengar talbiah-excited dan dengar lagu-lagu berkait dengan Mekah dan Madinah pun excited. Begitulah penangan rindu-rinduan terhadap kota suci Mekah dan Madinah. Umpama orang rindukan kekasih, dapat tengok rumah pun jadilah walaupun tak dapat tengok buah hatinya...


Melihat tetamu -tetamu Allah menjalani aktiviti-aktiviti ibadah di tanah suci Mekah dan Madinah, seolah-olah membuka kembali lembaran kami sebagai tetamu Allah beberapa tahun lepas. Kadang-kadang perasaan bukan sekadar keterujaan, tapi lebih dari itu,  rasa rindu,  syahdu dan sayu yang sukar digambarkan. Ummiross percaya perasaan yang sama dikongsi oleh sesiapa saja yang pernah menjadi tetamu Allah, kami ingin kembali lagi ke sana...

Lagu ya Taiba (merujuk kepada Madinah) ni,dan satu lagi ya Mecca, memang menggamit nostalgia. Masa di Mekah Ummiross tinggal di hotel Qasr Suror, betul-betul depan Masjidil Haram,seberang jalan je. Berdekatan dengan hotel tu ada kedai jual cd dan kaset, lagu-lagu ni sentiasa berkumandang sepanjang masa, lembut mendayu, walaupun masa tu tak berapa nak faham maksudnya, tapi lagu ni tetap menambat hati....

Hari ni ummiross nak layan lagi lagu ni, nak ubatkan rindu dihati. Suami ummiross pun suka sangat lagu ni. Saja ummiross pilih in English Version, agar lebih faham dan lebih menghayati. Kami rindu Madinah, kami rindu Rasulullah SAW, salawat dan salam untuk baginda dan ahli keluarga serta para sahabat...



Dari Hati  : Tak pernah lupa jasa pembimbing-pembimbing haji kami dari Rayhar Travel terutama ustaz Dzulkarnain (Kalam Suci-Astro Oasis) dan ustaz Rosli (yg juga pernah menjadi tetamu jemputan Kalam Suci), hanya Allah yang mampu membalas kesungguhan dan kerja keras mereka.





4 comments:

untungnya mereka yg dapat pergi ke tanah suci!~~~

@Ahmad Syafiq Bin Othman;

Terimakasih Ahmad Syafiq.
InsyaAllah setiap orang ada peluang,dijemput Allah menjadi tetamuNYA

Assalamualaikum Ummiross

Ust Rosli...tenaga pengajar di surau kami...sebulan sekali..dia juga membinbin kursus haji kami dahulu

Ust Dzul..penceramah jemputan shj

Wassalam

@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali

MasyaAllah kebetulanlah pulak ye...
Beruntungnya Rozali dapat berguru dengan ustaz Rosli dan ustaz Dzul,tinggi ilmunya baik pulak orangnya...Alhamdulillah.

Wasalam

Post a Comment